Cetakan Silkscreen
Pengenalan
MIXS menyediakan servis mencetak fabrik dengan menggunakan teknik Silkscreen dengan harga yang berpatutan. Cetakan Silkscreen merupakan kaedah cetakan fabrik yang telah lama digunakan kerana kualitinya yang baik dan harganya yang murah berbanding lain-lain jenis cetakan fabrik.
Cetakan Silkscreen yang kami tawarkan mampu mencetak pada apa sahaja jenis fabrik seperti Cotton, Polyester, Nylon, Jeans, Kulit dan tidak terhad kepada saiz tertentu. Anda bebas memilih saiz cetakan anda.
Kos cetakan Silkscreen diukur berdasarkan penggunaan warna pada corak anda. Lebih banyak warna yang digunakan, maka lebih tinggi kos yang diperlukan.
Ini kerana setiap warna yang ingin dicetak memerlukan blok yang berasingan.
Sebagai contoh (gambar atas), bendera Malaysia mempunyai empat warna iaitu merah, kuning, putih dan biru maka empat blok perlu dihasilkan untuk mencetak bendera Malaysia.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila lah hubungi MIXS.
Kami sedia membantu anda.
(Gambar Bawah) Contoh Cetakan Silkscreen
Apakah Cetakan Silkscreen
Mencetak menggunakan teknik Silkscreen adalah satu teknik yang telah lama digunakan sebelum terciptanya mesin cetak yang moden. Teknik Silk Screen ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencetak t-shirt sahaja malah ia boleh digunakan diatas bahan lain seperti mug, papan tanda, banner, tuala, kulit, dan bahan lain yang berkesesuaian.
Dakwat dan Dye
Terdapat beberapa jenis dakwat untuk cetakan Silkscreen seperti Fabric Screen Printing Ink, Emboss dan Night Glo. Dakwat ini direka khas untuk kegunaan yang berbeza seperti bagi mendapatkan kesan timbul dan bercahaya didalam gelap dan juga bagi mengekalkan warna pada fabrik agar melekat kuat dan bertahan lama.
Blok dan Squeege
Cetakan Silkscreen memerlukan peralatan tambahan seperti blok dan squeeqe. Blok adalah peralatan dimana artis merekabentuk corak yang ingin dicetak dan squeege pula adalah alat untuk menyapu dye agar dye dapat dipindahkan dengan rata dan kemas pada pakaian.
Kegunaan Silkscreen
Cetakan Silkscreen boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis material. Selain dari fabrik, teknik cetakan ini juga boleh diaplikasikan pada kain rentang, papan tanda, seramik, papan luncur, mousepad, bag dan cetakan berskala besar.